Perjanjian Tawaran Awam Insta Service Ltd.

Peruntukan Am.

Insta Service Ltd.  (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat) dan individu atau entiti yang telah menandatangani Perjanjian ini dan mengisi borang pendaftaran (selepas ini dirujuk sebagai Pelanggan), bersama-sama disebut sebagai Pihak, yang telah memeterai Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian). Perjanjian ini menyatakan keadaan di mana pihak Syarikat akan menyediakan perkhidmatan kepada Pelanggan yang terlibat dalam operasi pasaran kewangan.

Perjanjian ini menyatakan keadaan di mana pihak Syarikat akan menyediakan perkhidmatan kepada Pelanggan yang terlibat dalam operasi pasaran kewangan.

  1. Definisi
    1. "Sejarah akaun" - senarai transaksi lengkap dan operasi akaun nyata tidak diniagakan.
    2. "Akaun Aktif" - ialah akaun dagangan Pelanggan di mana jumlah tempahan pasaran dilaksanakan (1 lot = 10 lot pasaran InstaForex) untuk tempoh masa melebihi 0.2% daripada purata ekuiti yang di denominasi dalam USD. Untuk akaun 1000,00 USD, jumlah lot adalah 2 lot pasaran atau 20 lot InstaForex. Setelah adanya kedudukan kaunter di dalam akaun dagangan, hanya setengah daripada amaun akan dikunci dan diambil ke dalam senarai lot perdagangan.
    3. "Penasihat" - merupakan akaun pengurusan algoritma dagangan dalam bentuk program MetaQuotes Language 4. Program ini akan menghantar permintaan dan arahan ke pelayan menggunakan terminal pelanggan.
    4. "Timbangtara" - strategi jualan yang menggunakan "transaksi Timbangtara".
    5. "Transaksi Timbangtara" - operasi apabila aset dibeli di salah satu pasaran dan pada masa yang sama aset yang sama dijual di pasaran yang berbeza. Perbezaan harga ditetapkan pada pelbagai pasaran mata wang. Sangat mudah untuk diperhatikan, bahawa nilai portfolio kekal hampir tidak berubah tanpa mengira pergerakkan pasaran (seperti perdagangan bertentangan mengimbangi satu sama lain). Apabila perbezaan harga berubah kepada positif, transaksi timbangtara berlaku sebaliknya, mencatatkan keuntungan. Transaksi timbangtara juga adalah merupakan transaksi yang dijalankan pada satu dan pasaran yang sama dalam tempoh masa yang tertentu dengan syarat bahawa jurang harga besar antara sebut harga muncul pada saat pembukaan atau penutupan perdagangan.
    6. "Jual" - merupakan sebut harga tertinggi. Harga, yang membolehkan Pelanggan untuk membeli mata wang.
    7. "Baki" - jumlah hasil kewangan dari transaksi yang telah selesai dan operasi tidak diniagakan pada akaun perdagangan.
    8. "Mata wang Asas" - mata wang pertama dalam pasangan Mata Wang dimana Pelanggan boleh membeli atau menjual pada sebut harga mata wang.
    9. "Bida" – Tawaran harga terendah dalam kadar sebut harga pertukaran pasangan mata wang. Pelanggan boleh menjual pada harga bidaan.
    10. "Dana bonus" - wang, yang diterima oleh Pelanggan dalam program bonus dan pertandingan, yang diselenggarakan oleh pihak Syarikat.
    11. "Ekuiti" – adalah merupakan baki akaun semasa, dikira mengikut format: baki + keuntungan terapung – kerugian terapung.
    12. "Candlestick bar" - elemen grafik yang merangkumi pembukaan dan penutupan harga, serta harga maksimum dan minimum pada jangka waktu tertentu (1 minit, 5 minit, 1 jam, 24 jam, seminggu dll).
    13. "Pelanggan" – Pihak berkuasa atau parti fizikal yang telah memetrai Perjanjian ini bersama-sama Dealer (Syarikat) untuk menjalankan operasi perdagangan di bawah syarat-syarat margin dagangan, dan yang telah membuat kontrak sewa terminal Pelanggan dengan InstaForex.
    14. "Terminal Pelanggan" - produk perisian MetaTrader 4.xx, yang membolehkan Pelanggan mendapatkan maklumat tentang perdagangan pasaran kewangan pada mod masa sebenar (kuantiti ditentukan oleh Syarikat), melakukan analisis teknikal pasaran, menjalankan operasi perdagangan, menetapkan / mengubah / membatalkan pesanan dan menerima mesej dari Dealer dan pihak Syarikat. Anda boleh memuat turun Terminal Pelanggan secara percuma di laman web rasmi Syarikat (https://www.insta-forex.com/downloads/itc4setup.exe).
    15. "Fail Log Pelanggan" - sebuah fail yang dicipta oleh terminal pelanggan, merekodkan kesemua permohonan dan pesanan yang telah dibuat oleh Pelanggan kepada Dealer dengan tempoh ketepatan satu saat.
    16. "Posisi tertutup " - hasil daripada bahagian kedua pada penutupan transaksi lengkap.
    17. "Posisi lengkap " - terdiri daripada dua operasi perdagangan yang berbeza dalam jumlah yang sama (posisi pembukaan dan penutupan): pesanan membeli diikuti dengan pesanan menjual atau pesanan menjual diikuti dengan pesanan membeli.
    18. "Kontrak untuk perbezaan " (CFD) - sebuah operasi perdagangan berdasarkan kepada perubahan kadar aset asas (contoh; aset yang merujuk kepada CFD), termasuklah saham, futures, komoditi, logam berharga, indeks saham dan lain-lain.
    19. "Spesifikasi Kontrak" – syarat perdagangan utama (seperti spread, saiz lot, jumlah perdagangan minima, perubahan dalam jumlah perdagangan, margin awal, kunci dan lain-lain) untuk setiap instrumen. Maklumat mengenai Spesifikasi kontrak ini boleh didapati di  https://www.insta-forex.com/ms/specifications.php
    20. "Pasangan Mata Wang" – adalah merupakan unit operasi perdagangan yang merujuk kepada perubahan harga pada salah satu mata wang berbanding mata wang yang satu lagi. Sebagai contoh; EUR/USD.
    21. "Dealer" ialah:
      1. Sebuah Syarikat, di mana Pelanggan telah menandatangani Perjanjian bersama, mengawal selia asas perundangan dalam menjalankan operasi perdagangan di bawah syarat-syarat perdagangan marginal.
      2. Rakan kerja Syarikat yang terlibat dalam perlaksanaan pesanan Pelanggan, termasuklah perlaksaan pesanan, 'stop out' dan 'margin call' (dalam teks Perjanjiaan ini ditulis dengan huruf kecil).
    22. "Pemaju" - Perisian MetaQuotes Corp adalah pemaju platform dagangan.
    23. "Isu pertikaian" ialah:
      1. situasi di mana Pelanggan beranggapan bahawa Dealer telah melanggar satu atau lebih peraturan yang termaktub di dalam Perjanjian semasa ini akibat daripada aktivitinya atau bukan.
      2. situasi apabila Dealer beranggapan bahawa Pelanggan telah melanggar satu atau lebih peraturan yang termaktub di dalam Perjanjian semasa ini akibat daripada aktivitinya atau bukan.
    24. "Pertanyaan" – arahan Pelanggan yang telah dihantar kepada Dealer untuk mendapatkan sebut harga mata wang. Pertanyaan tidak menyifatkan kewajipan Pelanggan untuk membuka perdagangan.
    25. "Fast market" - keadaan pasaran yang ditandai dengan perubahan kadar mata wang mendadak dalam tempoh yang singkat dan sering diikuti dengan jurang harga. Biasanya ia berlaku sejurus sebelum dan / atau selepas beberapa siri peristiwa:
      1. penerbitan indikator-indikator ekonomi dari ahli-ahli G7 (lapan negara industri terkemuka, iaitu Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Perancis, Inggeris, Kanada, Itali), mempunyai pengaruh yang besar di pasaran kewangan;
      2. pengumuman mengenai kadar faedah utama oleh bank-bank pusat dan jawatankuasa;
      3. ucapan atau sidang akhbar gabenor-gabenor bank pusat, menteri kewangan dan presiden-presiden negara-negara G7;
      4. campur tangan kerajaan dalam pasaran mata wang;
      5. tindakan pengganas nasional;
      6. bencana alam yang menyebabkan pengumuman darurat (atau langkah-langkah ketat analogi) dalam wilayah yang terjejas;
      7. tercetusnya peperangan atau tindakan ketenteraan;
      8. acara kuasa politik utama seperti peletakan jawatan, temu janji atau perasmiaan (termasuk pilihan raya) eksekutif kerajaan;
      9. situasi-situasi lain yang mempengaruhi kadar dinamik pasangan mata wang.
    26. "Keuntungan / kerugian terapung" – keuntungan / kerugian yang tidak ditetapkan untuk kesemua perdagangan terbuka pada kadar pertukaran semasa pada masa kini.
    27. "Musibah" - kejadian atau situasi yang tidak dapat diramal atau dicegah. Contohnya seperti:
      1. bencanan alam;
      2. peperangan;
      3. keganasan;
      4. tindakan kerajaan, tindakan eksekutif dan pihak berkuasa perundangan kerajaan;
      5. serangan penggodaman dan tindakan melanggar undang-undang lain terhadap pelayan.
    28. "Free margin" - sumber wang akaun perdagangan yang boleh digunakan untuk membuka posisi baru. Dihitung menggunakan formula: ekuiti - margin.
    29. "Graf" - carta untuk menggambarkan gerakan dalam grafik. Iai menunjukkan puncak tahap ttinggi dari setiap graf bar/lilin, di mana tempoh Tawaran maksimum telah berkahir; Tawaran rendah atau minimum, harga penutupan (close) atau Tawaran terakhir dari salah satu panel / graf lilin, dan pembukaan (terbuka) harga atau pertama tawaran dari graf bar/lilin.
    30. "Hedged margin" – perlindungan jaminan tunai yang diminta oleh Dealer untuk membuka atau mengekalkan dagangan. Untuk setiap instrumen, ia ditunjukkan secara berasingan pada bahagian Spesifikasi.
    31. "Initial Margin" - Jaminan dari deposit awal diperlukan untuk masuk ke dalam suatu kedudukan sebagai jaminan prestasi di masa depan. Nilai bagi setiap instrumen dinyatakan pada bahagian Spesifikasi.
    32. "Laman web InstaForex " - adalah merupakan halaman rasmi syarikat InstaForex yang boleh didapati di alamat berikut: www.insta-forex.com
    33. "Instrumen" - pasangan mata wang atau CFD (kontrak untuk perbezaan).
    34. "Leverage" - nisbah jumlah yang digunakan dalam transaksi wang jaminan diperlukan: 1:100, 1:200. Leverage 1:200 bermaksud bahawa untuk menutup transaksi itu perlu untuk memiliki 200 kali lebih kecil dari jumlah transaksi dari akaun dagangan Pedagang.
    35. "Lock" - kedudukan membeli dan menjual pada jumlah yang sama untuk instrumen perdagangan sama dalam akaun yang sama.
    36. "Lock margin" - permintaan sokongan pedagang diperlukan untuk membuka dan mempertahankan kedudukan kunci. Setiap instrumen dipaparkan dalam hal kontrak.
    37. "Membeli" - kedudukan membeli dengan jangkaan bahawa nilai harga akan meningkat. Sehubungan dengan pasangan mata wang, pembelian mata wang asas adalah menggunakan sebut harga mata wang.
    38. "Lot" - unit untuk mengukur jumlah saham, komoditi, asas mata wang per lot, dinyatakan dalam Spesifikasi.
    39. "Lot Size" - jumlah aset, produk, mata wang asas yang ditetapkan dalam spesifikasi kontrak pada satu lot.
    40. "Margin Level" – nisbah ekuiti kepada margin yang diperlukan (dalam peratus), dikira berdasarkan formula berikut: (ekuiti / margin) * 100%.
    41. "Margin Call" - permintaan dari broker atau agen untuk dana tambahan atau agunan untuk menjamin prestasi pada kedudukan yang telah bergerak terhadap pelanggan. Peringkat Margin, di mana "panggilan margin" muncul situasi dinyatakan dalam Perjanjian.
    42. "Margin trading" - operasi perdagangan diproses menggunakan leverage, ketika Pelanggan mempunyai kesempatan untuk menutup transaksi yang melebihi kewangannya.
    43. "Pembukaan pasaran" - perdagangan akan dibuka semula selepas hujung minggu, hari cuti atau selepas waktu rehat semasa sesi perdagangan.
    44. "Margin diperlukan" - jumlah wang yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan terbuka. Ia dinyatakan di laman spesifikasi Kontrak.
    45. "Operasi Bukan Dagangan" - operasi menambah nilai akaun dagangan (atau pengeluaran wang dari akaun perdagangan) atau pengendalian memperuntukkan (pemulangan) kredit.
    46. Pasaran normal" – keadaan pasaran apabila;
      1. tidak terdapat "stop" yang signifikasi dalam penghantaran sebut harga ke platform dagangan;
      2. tiada kenaikkan harga dinamik yang mendadak;
      3. tiada jurang harga yang ketara.
    47. "Pasaran normal" – sila rujuk "Keadaan pasaran normal".
    48. "Kesalahan ketara" - membuka / menutup posisi Pelanggan atau pesanan pada harga yang berbeza daripada harga instrumen dalam aliran sebut harga sewaktu perlaksanaan. Atau beberapa aktiviti atau bukan aktiviti Dealer yang berkaitan dengan penilaian harga pasaran pada masa tertentu.
    49. "Pasaran pembukaan gap" - salah satu situasi berikut;
      1. sebuah pembukaan sebut harga pasaran Belian yang lebih besar dari sebut harga penutupan pasaran Jualan;
      2. sebuah pembukaan sebut harga pasaran Jualan yang lebih kecil dari harga penutupan pasaran Belian.
    50. "Pesanan" - Pelanggan mengarahkan Dealer Choice untuk membuka / menutup posisi, memadam atau menukar tahap pesanan.
    51. "Tahap pesanan" - harga yang diberikan dalam pesanan.
    52. "Buka kedudukan" - bahagian pertama dari hasil transaksi secara lengkap. Ketika membuka posisi, Pelanggan harus mengikuti syarat-syarat yang berikut;
      1. untuk menjalankan bahagian kedua transaksi buy/sell) pada saiz yang sama;
      2. untuk menekalkan ekuiti tidak kurang daripada 30% margin yang diperlukan.
    53. "Pending order" - Pelanggan meminta Dealer untuk membuka posisi setelah harga mencapai tahap pesanan.
    54. "Pips" – unit harga terkecil untuk setiap mata wang asing. Juga dikenali sebagai "mata".
    55. "Harga untuk sebut harga bukan pasaran" - harga penutupan pada minit bar, sebelum minit bar sebut harga bukan pasaran.
    56. "Price gap" - salah satu daripada situasi yang berikut;
      1. pesanan Belian semasa adalah lebih tinggi daripada harga Jualan terdahulu;
      2. pesanan Jualan semasa adalah lebih rendah daripada harga Belian terdahulu.
    57. "Sebut harga Mata Wang" - mata wang kedua dalam pasangan mata wang yang digunakan oleh Pelanggan ketika menjual atau membeli mata wang asas.
    58. "Pengkalan data sebut harga" - maklumat mengenai kesemua sebut harga mata wang.
    59. "Sebut harga" – adalah merupakan proses dalam penyediaan sebut harga mata wang masa sebenar kepada Pelanggan untuk melakukan perdagangan.
    60. "Kadar" -
      1. untuk pasangan mata wang: unit mata wang asas dinyatakan dalam sebut harga mata wang.
      2. untuk CFD: unit harga aset asas dinyatakan dari segi wang.
    61. "Deposit nyata" perbezaan antara jumlah deposit dan penarikan Pelanggan untuk jangka waktu tertentu.
    62. "Fail Daftar Pelayan" – adalah fail yang dicipta oleh pelayan, merekodkan kesemua arahan urusniaga harian yang dihantar oleh Dealer daripada Pelanggan, termasuklah hasil pemprosesan, dengan ketepatan 1 saat.
    63. "Pelayan" – produk perisian MetaTrader Server 4.xx di mana proses Pelanggan membuat permintaan dan permohonan, menyampaikan maklumat mengenai perdagangan pasaran kewangan secara real-time (kuantiti ditakrifkan oleh Syarikat), mempertimbangkan timbal balik antara Pelanggan dan Dealer, dan pematuhan kepada syarat-syarat dan sekatan.
    64. "Kedudukan menjual" – menjual instrumen dengan tujuan untuk penurunan kadar Berkenaan dengan pasangan mata wang:. Apabila mata wang asas dijual menggunakan mata wang sebut harga.
    65. "Spike" - sebut harga yang memenuhi syarat-syarat berikut:
      1. terdapat jurang harga yang besar;
      2. harga jangka pendek kembali ke tahap awal mewujudkan jurang harga;
      3. tidak terdapat pergerakkan harga yang mendadak ke tahap sebut harga ini;
      4. tiada peristiwa ekonomi makro dan / atau berita korporat yang mempengaruhi harga instrumen pada saat sebut harga ini ditembusi.
      5. Syarikat mempunyai hak untuk menghapuskan maklumat yang berkaitan dengan sebut harga bukan pasaran (spike) daripada pengakalan data pelayan sebut harga.
    66. "Spread" - perbezaan dalam pips antara Belian dan Jualan.
    67. "Streaming quotation" - rangkaian sebut harga untuk setiap instrumen yang diimport dan ia akan kelihatan pada platform dagangan, mekanisme menyediakan sebut harga kepada Pelanggan melalui Dealer, kelihatan dalam mod masa sebenar, para Pelanggan boleh menghantar pesanan / arahan kepada Dealer untuk menjalankan operasi perdagangan pada bila-bila masa melalui khidmat "Streaming quotation".
    68. "Stop out" - kedudukan penutupan tempahan yang dihasilkan oleh pelayan.
    69. "Swap" - bayaran yang diambil untuk kedudukan terbuka semalaman. Sama ada positif atau negatif. Carta, menentukan nilai pertukaran untuk setiap intrumen, boleh didapati di laman web rasmi InstaForex. Untuk rujukan Perjanjian ini, maklumat boleh didapati di https://www.insta-forex.com/ms/specifications.php
    70. "Trailing Stop" - ini merupakan tempahan pengurusan Stop-Loss algoritma:
      1. jika kedudukan keuntungan terbuka tidak melebihi tahap Trailing Stop, jangan mengambil sebarang tindakan;
      2. sebaik sahaja keuntungan kedudukan terbuka melebihi tahap Trailing Stop, hantarkan pesanan kepada pelayan untuk perintah stop-loss dengan jarak yang sama dengan jumlah harga trailing stop ketika ini;
      3. sebaik sahaja keuntungan pada kedudukan terbuka melebihi tahap trailing stop, pelayan akan menukar tahap order, sehingga jarak antara harga order dan ketika itu adalah sama dengan trailing stop.
      4. trailing Stop berfungsi apabila terminal Pelanggan dilancarkan, berhubung terus ke internet dan berhasil setelah disahkan oleh pelayan.
    71. "Thin Market " - satu keadaan pasaran ketika terdapat kekurangan pada sebut harga di platform dagangan dari kebiasan, untuk jangka waktu kurang lebih lama. keadaan pasaran yang terjadi semasa musim perayaan Natal, cuti umum di negara-negara G7 dan antara 23:00-3:00 di Moscow, dll.
    72. "Tiket" - nombor pengenalan khas yang diberikan untuk setiap pembukaan posisi atau pesanan yang tertunda pada platform dagangan.
    73. "Trailing stop value" - nilai parameter "trailing stop", yang ditetapkan oleh Pelanggan.
    74. "Platform masa Perdagangan" - zon waktu di mana setiap peristiwa dalam fail daftar pelayan berlaku. Pada masa penerbitan Perjanjian ini GMT + 2.
    75. "Saiz operasi perdagangan" - kuantiti lot dan saiz lot.
    76. "Keadaan pasaran yang berbeza dari normal" – "thin market" atau "fast market".
    77. "Operasi Perdagangan" adalah operasi membeli / menjual instrumen yang dijalankan oleh Pelanggan.
    78. "Platform / terminal perdagangan " - set perisian dan sumber teknikal yang menyokong maklumat perdagangan pasaran kewangan secara real-time, proses operasi dagangan, mempertimbangkan kewajipan timbal balik, Pelanggan dan Dealer, dan mengamati keadaan dan sekatan. Untuk tujuan Regulasi ini, terdiri daripada Pelayan dan "Terminal Pelanggan".
    79. "Akaun Perdagangan" – daftar peribadi unik untuk kesemua operasi perdagangan yang direkodkan pada platform perdagangan, meliputi penutupan urus niaga, posisi terbuka, operasi bukan pasaran dan pesanan.
    80. Perjanjian ini dibuat di antara Pelanggan dan pihak Syarikat telah menetapkan syarat-syarat penggunaan untuk semua perkhidmatan, yang ditawarkan oleh Syarikat dan pembekal perkhidmatan rasmi pihak ketiga yang lain, termasuk menggunakan perkhidmatan dengan tujuan untuk menjalankan transaksi di akaun dagangan Pelanggan.
  2. Perkhidmatan Syarikat.
    1. Definisi Perkhidmatan Syarikat.
      1. kesemua program interaktif atau perkhidmatan yang di tawarkan oleh Syarikat, membolehkan para Pelanggan untuk:
        - Berhubung dengan Syarikat atau dengan pihak ketiga pembekal perkhidmatan rasmi;
        - Menerima maklumat dan sebut harga dari Syarikat atau daripada pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berwibawa;
        - Menutup transaksi dalam pasaran kewangan melalui Syarikat dengan menggunakan terminal dagangan MetaTrader 4.0 (program perisian) yang meliputi data pemindahan elektronik dimana para Pelanggan mengajukan kepada Syarikat menggunakan komputer peribadi yang dihubungkan oleh modem atau peranti lain untuk mengakses rangkaian pemindahan fail yang disahkan oleh Syarikat.
      2. Dengan menandatangani Perjanjian ini, Pelanggan telah ditegaskan bahawa mereka hendaklah mengikut peraturan komunikasi dan bersetuju untuk menggunakan terminal Pelanggan atau telefon untuk pemberian arahan.
      3. Pekhidmatan syarikat merangkumi pakej program maklumat: "MetaTrader 4.0", dimana sumber teknikal analisis dan setiap maklumat disediakan oleh pihak ketiga, akan ditawarkan bersama-sama dengan perkhidmatan Syarikat.
      4. Pelanggan juga mengakui bahawa pihak Syarikat berhak untuk menukar, menambah, menukar nama atau cuti dengan tiada perubahan Perkhidmatan Syarikat yang ditawarkan dalam Perjanjian ini tanpa memberi notis terlebih dahulu. Pelanggan juga harus mengakui bahawa Perjanjian ini adalah terpakai kepada perkhidmatan, boleh diubah, ditambah atau dinamakan semula pada masa yang akan datang sebagai tambahan kepada Perkhidmatan yang disediakan untuk Pelanggan pada ketika ini.
      5. Berkenaan dengan operasi perdagangan Pelanggan, pihak Syarikat berhak untuk melaksanakan sesuatu arahan tanpa melibatkan pengurusan harta atau memberi sebarang cadangan. Syarikat juga boleh melaksanakan permintaan Pelanggan tidak kira yang bersifat perdagangan, walaupun ia tidak boleh memberikan manfaat kepada Pelanggan.
      6. Walau bagaimanapun untuk kes-kes yang dinyatakan dalam Perjanjian ini, pihak Syarikat tidak diwajibkan untuk:
        - Memantau dan memaklumkan kepada Pelanggan mengenai status dagangan mereka;
        - Menutup kedudukan-kedudukan terbuka Pelanggan;
        - Berusaha untuk menjalankan pesanan Pelanggan pada kutipan yang berbeza dari tanda kutip tercermin dalam "MetaTrader 4.0" platform dagangan.
      7. Perkhidmatan syarikat tidak termasuk pemberian rujukan, menghantar maklumat untuk memotivasikan Pelanggan untuk menutup transaksi. Dalam beberapa kes, pihak Syarikat berhak untuk memberikan maklumat, rujukan dan cadangan kepada Pelanggan, tetapi tidak bertanggung jawab ke atas kesan keuntungan seperti yang disarankan. Syarikat berhak untuk membatalkan atau menutup kedudukan pelanggan dalam keadaan hal tertentu yang telah ditetapkan oleh peraturan atau perjanjian ini. Semua operasi perdagangan untuk Pelanggan yang komited hasil dari salah satu maklumat atau kesalahan, amat dihargai oleh Pelanggan dan Syarikat.
  3. Prinsip-prinsip asas.
    1. Pemprosesan pesanan Pelanggan.
      1. Untuk menjalankan operasi perdagangan, mekanisma "Perlaksanaan Segera" akan digunakan.
      2. Pertanyaan dan pesanan Pelanggan akan diproses mengikut prosedur yang berikut:
        - pelanggan membuat permintaan atau permohonan, akan diperiksa dalam terminal Pelanggan;
        - terminal Pelanggan akan dibawa terus ke pelayan;
        - server akan menerima permintaan Pelanggan dan memeriksanya untuk proses pengesahan. Terminal perdagangan akan mengeluarkan mesej "permohonan telah diterima oleh pelayan";
        - setelah permintaan Pelanggan atau perintah diproses, pelayan akan menghantar hasil kembali ke terminal dagangan.
        - dinyatakan bahawa terdapat sambungan antara terminal Pelanggan dan pelayan, terminal Pelanggan menerima hasil keputusan permohonan daripada Dealer.
      3. Pelanggan mempunyai hak untuk membatalkan permintaan sebelumnya yang telah dihantar (yang mana ia sedang menunggu); Walau bagaimanapun, Syarikat tidak memberikan jaminan bahawa permohonan akan berjaya.
      4. Jumlah masa yang diperlukan untuk memproses permintaan bergantung pada kualiti Sambungan di antara terminal Pelanggan dan pelayan Syarikat, juga keadaan pasaran. Untuk keadaan pasaran normal, kebiasanya 1-5 saat diperlukan untuk memproses satu-satu permohonan. Manakala untuk keadaan pasaran yang berbeza, boleh dilanjutkan kepada 10-15 saat.
      5. Pelayan Syarikat berhak untuk menolak permohonan Pelanggan dalam situasi berikut:
        - sewaktu pasaran dibuka, tidak menerima mesej “tiada harga", sekiranya Pelanggan membuat permohonan sebelum sebut harga dimasukkan ke platform perdagangan;
        - pelanggan tidak memiliki dana yang mencukupi untuk membuka kedudukan baru;
        - keadaan pasaran berbeza dari normal.
    2. Operasi Dagangan.
      1. Mata wang dijual pada harga Belian. Mata wang dibeli pada harga Jualan.
    3. Saiz minima perdagangan.
      1. Bagi akaun dagangan jenis Standard dan Eurica dengan baki dan / atau dana dalam jumlah USD100,000.00 (seratus ribu USD) atau bersamaan dalam mata wang lain boleh menjadi had kepada saiz kedudukan minimum dalam jumlah 1 lot InstaForex (atau 1USD untuk 1 pip). Untuk akaun USD10,000.00 (sepuluh ribu USD) atau bersamaan dalam mata wang lain mengikut budi bicara Syarikat boleh menjadi had untuk saiz operasi minimum 0.1 lot InstaForex (atau USD0.10 untuk setiap 1 pip). Untuk akaun dagangan dengan baki yang melebihi USD10,000 dan melebihi USD100,000, saiz minimum lot InstaForex boleh ditetapkan secara berkadaran kepada baki mengikut budi bicara Syarikat.
      2. Sekiranya jumlah keseluruhan kedudukan yang dibuka oleh Pelanggan melebihi daripada jumlah yang dinyatakan dalam mata wang asas, Syarikat berhak untuk mengenakan sekatan atau had kepada leverage maksimum.
        - Bagi jumlah yang melebihi USD5,000,000 (lima juta) kepada 1: 100;
        - Bagi jumlah yang melebihi USD20,000,000 (dua puluh juta) kepada 01:50.
        Pihak Syarikat mempunyai hak untuk mengenakan sekatan tersebut berdasarkan kepada pilihan yang berikut.
    4. Spreads.
      1. Sekiranya tidak mendatangkan sebarang mudarat, pihak Syarikat akan mengekalkan nilai spread tetap, seperti yang dipaparkan pada laman web syarikat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai spreas semasa, sila layari: https://www.insta-forex.com/ms/specifications.php
      2. Mengekalkan transaksi sehingga keesokan harinya. Apabila transaksi melepasi hari dagangan yang seterusnya, proses swap untuk posisi terbuka bermula pada 23:59:30. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai swap, sila layari: https://www.insta-forex.com/ms/specifications.php. Untuk malam Rabu - Khamis, swap triple akan ditambah.
    5. Membuat pindaan terhadap syarat-syarat perdagangan.
      1. Pihak Syarikat mempunyai hak untuk menukar syarat-syarat margin, spread, mod perlaksanaan pesanan dan syarat-syarat perdagangan lain selari dengan cuti umum negara dan antarabangsa, dan para Pelanggan akan dimaklumkan 5 hari bekerja lebih awal. Dalam hal ini,kesemua perubahan akan berkuat kuasa untuk transaksi yang telah dibuka dan transaksi baru.
    6. Penutupan posisi CFD.
      1. Sekiranya terdapat akaun dagangan yang telah dibuka pada hari tersebut (atau pada hari berikutnya) penerbitan statistik ekonomi berkenaan isu CFD, atau acara ekonomi lain yang mempunyai kesan besar terhadap kadar saham, pihak Syarikat berhak untuk menutup transaksi perdagangan menggunakan sebut harga pasaran terakhir semasa penutupan sesi perdagangan. Dalam situasi ini, berikut adalah pembukaan semula dagangan pada 5 minit selepas sesi perdagangan dibuka.
    7. Membuka posisi.
      1. Untuk membuka posisi, permintaan atau pesanan harus dihantar dari terminal Pelanggan ke pelayan Syarikat. Maklumat yang berikut adalah wajib untuk diisi;
        - Instrumen;
        - Saiz posisi (dalam lot).
      2. Senarai instrumen yang tersedia untuk menjalankan operasi perdagangan menggunakan mod "Pelaksanaan Segera" telah diterbitkan di laman web rasmi Syarikat di bahagian "Instrumen Perdagangan" (https://www.insta-forex.com/ms/specifications.php).
    8. Syarikat adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada para Pelanggan 7 hari sebelum mengenai perubahan senarai instrumen perdagangan.
      1. Untuk membuka posisi Membeli/Menjual, Pelanggan harus menghantar permohonan menggunakan terminal pelanggan.
        - Untuk membuka posisi Membeli di tetingkap terminal Pelanggan, Pelanggan harus menekan butang "Beli", yang mana pesanan ini akan dihantar ke pelayan.
        - Untuk membuka posisi Menjual, Pelanggan harus menekan butang "Jual" di tetingkap terminal Pelanggan, yang mana pesanan ini akan dihantar ke pelayan.
    9. Pemprosesan permohonan Pelanggan untuk membuka posisi.
      1. Jika saiz margin mencukupi untuk membuka posisi, maka posisi ini akan dibuka. Level margin baru akan dikira secara automatik.
      2. Jika saiz margin tidak mencukupi untuk membuka posisi, maka posisi ini tidak akan dibuka dan mesej tentang kekurangan dana akan dinyatakan di tetingkap pesanan.
      3. Jika pelayar sebut harga matawang berubah semasa Pelanggan sedang membuat pesanan atau permintaan, pelayan akan menawarkan harga Belian/Jualan yang baru. Dalam situasi ini, tetingkap baru "Requote" dengan sebut harga yang baru akan dipamerkan. Jika Pelanggan bersetuju untuk memulakan operasi dengan harga baru yang ditawarkan, anda harus menekan pada butang "OK" di tetingkap dalam tempoh 3 saat.
      4. Pesanan Pelanggan untuk membuka posisi akan dianggap sebagai pelaksana dan kedudukan akan dibuka, apabila fail log pelayan yang sama telah dikemaskini dengan rekod baru. Setiap kedudukan baru akan menerima nombor tiket mengikut turutan.
    10. Menutup posisi.
      1. Untuk menutup posisi di terminal Pelanggan, Pelanggan diwajibkan untuk memberikan maklumat yang berikut:
        - Tiket posisi yang akan ditutup.
        - Saiz posisi.
      2. Untuk menutup posisi, Pelanggan harus menekan butang "Tutup Posisi" di pesanan terminal dagangan.
    11. Pemprosesan permohonan Pelanggan untuk menutup posisi.
      1. Jika pelayar sebut harga mata wang berubah semasa Pelanggan sedang membuat pesanan atau permintaan, pelayan akan menawarkan harga Belian / Jualan yang baru. Dalam situasi ini, tetingkap baru "Requote" dengan sebut harga yang baru akan dipamerkan. Jika Pelanggan bersetuju untuk memulakan operasi dengan harga baru yang ditawarkan, anda harus menekan pada butang "OK" di tetingkap dalam tempoh 3 saat.
      2. Pesanan Pelanggan untuk menutup posisi akan dianggap sebagai pelaksana dan kedudukan akan ditutup, apabila rekod yang sama di fail daftar kelihatan.
    12. Huraian pesanan, boleh didapati di Terminal Perdagangan InstaTrader
      1. Jenis Transaksi Perdagangan:
        "Buy Stop" mencadangkan pembukaan posisi membeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa sewaktu pesanan dibuat;
        "Sell Stop" mencadangkan pembukaan posisi menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga semasa sewaktu pesanan dibuat;
        "Buy Limit" - mencadangkan pembukaan posisi membeli pada harga yang lebih rendah daripada harga semasa sewaktu pesanan dibuat;
        "Sell Limit" - mencadangkan pembukaan posisi menjual pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa sewaktu pesanan dibuat.
      2. Pesanan perdagangan berikut boleh digunakan untuk menutup posisi:
        "Stop Loss" – Penutupan posisi awal pada harga posisi yang telah dibuka, dimana keuntungan adalah kurang kepada Pelanggan jika dibandingkan dengan harga sewaktu pesanan dibuat.
        "Take Profit" - Penutupan posisi awal pada harga posisi yang telah dibuka, dimana lebih banyak keuntungan akan diperoleh oleh Pelanggan jika dibandingkan dengan harga sewaktu pesanan dibuat.
      3. Pelanggan mempunyai hak untuk menukar dan memadam mana-mana pesanan perdagangan yang masih belum selesai sekiranya ia tidak diaktifkan.
    13. Pelaksanaan pesanan.
      1. Transaksi dagangan akan ditempatkan dalam turutan yang akan dilaksanakan dalam kes-kes yang berikut: - Pesanan Sell-Stop ialah pesanan yang akan dilaksanakan apabila harga Belian di dalam aliran sebut harga menjadi lebih rendah ataupun bersamaan dengan harga tahap pesanan.
        - Pesanan Buy-Stop ialah pesanan yang akan dilaksanakan apabila harga Jualan di dalam aliran sebut harga menjadi lebih tinggi ataupun bersamaan dengan harga tahap pesanan.
        - Pesanan Sell-Limit ialah pesanan yang akan dilaksanakan apabila harga Belian di dalam aliran sebut harga menjadi lebih tinggi ataupun bersamaan dengan harga tahap pesanan.
        - Pesanan Buy-Limit ialah pesanan yang akan dilaksanakan apabila harga Jualan di dalam aliran sebut harga menjadi lebih rendah ataupun bersamaan dengan harga tahap pesanan.
        - Pesanan Take-Profit berfungsi apabila membeli posisi terbuka, ketika harga Belian di dalam aliran sebut harga menjadi lebih tinggi ataupun bersamaan dengan harga tahap pesanan.
        - Pesanan Stop-Loss berfungsi apabila membeli posisi terbuka, ketika harga Belian di dalam aliran sebut harga menurun ataupun bersamaan dengan harga tahap pesanan.
        - Pesanan Take-Profit berfungsi apabila menjual posisi terbuka, ketika harga Jualan di dalam aliran sebut harga menurun ataupun bersamaan dengan harga tahap pesanan.
        - Pesanan Stop-Loss berfungsi apabila menjual posisi terbuka, ketika harga Jualan di aliran sebut harga menjadi lebih tinggi ataupun bersamaan dengan harga tahap pesanan.
      2. Sekiranya terdapat jurang harga, transaksi dagangan akan dijalankan mengikut peraturan yang berikut;
        - Pending orders, di mana kadar terbuka dan Take-Profit mencapai perbezaan harga, pesanan hendaklah dibatalkan dengan nota [canceled/gap];
        - Pesanan Take-Profit, ketika agar mencapai perbezaan harga, pesanan perlu dilakukan pada harga yang sudah ditentukan sebelumnya.
        - Pesanan Stop-Loss, ketika peringkat tertinggi perbezaan harga, pesanan perlu dilakukan pada selepas perbezaan harga pertama, dengan diikuti komen [sl/gap].
        - Buy Stop dan Sell Stop pending orders hendaklah dilakukan pada perbezaan harga pertama selepas jurang harga, dengan diikuti dengan nota [started/gap].
        - Buy Limit dan Sell Limit pending orders hendaklah dilakukan pada perbezaan harga pertama selepas harga, dengan diikuti dengan nota [started/gap].
        Untuk sesetengah kes, ketika perbezaan harga adalah kecil, pesanan boleh dilakukan seperti biasa, bersesuaian dengan penetapan harga pesanan.
      3. Apabila pending order telah diterima untuk pelaksanaan dan saiz margin bebas tidak mencukupi untuk membuka posisi, maka pending order akan dipadam secara automatik dengan nota "dibatalkan oleh dealer".
    14. Tempoh sah dan membuat pesanan dagangan, parameter, dan syarat-syarat dalam membuat pesanan.
      1. Transaksi dagangan hanya boleh dibuat, dipadam atau diubah oleh Pelanggan, apabila anda berdagang dengan instrumen dagangan pilihan yang dibenarkan. Untuk melihat masa dagangan bagi setiap intrumen, sila layari https://www.insta-forex.com/ms/specifications.php.
      2. Untuk membuat pending order, maklumat yang berikut adalah perlu diberikan oleh Pelanggan:
        - nama instrumen;
        - saiz posisi (volume);
        - jenis Transaksi Dagangan (Buy-Stop, Sell-Stop, Buy-Limit, Sell-Limit);
        - tahap harga transaksi dagangan harus ditetapkan.
      3. Ketika menunggu pelaksanaan pesanan pending order, pelayan secara automatik akan memeriksa keadaan akaun dagangan untuk melihat apakah margin percuma yang telah tersedia. Posisi baru yang bergerak ke senarai kedudukan terbuka, jumlah posisi pelanggan pelanggan dan margin percuma akan dikira semula.
      4. Sekiranyadalamisukenaikanturunnaik, sementaramenunggu 'Stop Buy', 'Sell Stop', 'Stop Loss', dan 'Take Profit' pesananbolehdilaksanakandenganharga yang dijangkakanberikutandaripadaharga yang tersediapadatempohpelaksanaanpesananmungkinberbezadariharga yang dinyatakandalampesanan.
      5. Transaksi dagangan akan dilaksanakan setelah direkodkan dalam fail log pelayan.
    15. Penutupan posisi secara paksa.
      1. Apabila paras margin akaun pelanggan adalah kurang daripada 30%, margin call akan tercetus. Pihak Syarikat mempunyai hak, walau bagaimanapun, tidak diwajibkan untuk menutup kedudukan Pelanggan. Ia adalah mengikut budi bicara Syarikat sama ada untuk menutup posisi atau sebaliknya.
      2. Jika keadaan akaun dagangan ketika ini (ekuiti) adalah kurang dari 10% dari margin yang diperlukan untuk mempertahankan kedudukan terbuka, Syarikat berhak untuk memaksa penutupan posisi tanpa memberi notis terlebih dahulu.
      3. Pelayan yang akan mengawal keadaan semasa akaun. Dalam situasi ini, seperti yang dinyatakan dalam Fasal 3.15.2 pada Perjanjiaan ini, dilanggar, maka pelayan akan menjana pesanan untuk menutup posisi dagangan secara paksa (stop out). Stop out hanya akan dilakukan mengikut harga pasaran. Penutupan posisi secara paksa akan direkodkan dalam fail log pelayan dikenali sebagai "stop out".
      4. Sekiranya situasi yang dinyatakan dalam Fasal 3.15.2 pada Perjanjian ini dilanggar, dan Pelanggan telah membuka beberapa posisi terbuka, kerugian yang paling banyak akan menjadi posisi pertama yang akan ditutup terlebih dahulu.
      5. Dalam keadaan pasaran biasa, pihak Syarikat boleh memberikan keseimbangan dalam julat dari 0% hingga 10% margin yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan terakhir penutupan posisi secara paksa. Syarikat berhak untuk memasukkan semula dana ke dalam akaun negatif pelanggan pada salah sat akaun Pelanggan dengan mengorbankan wang yang terdapat di dalam akaun perdagangan Pelanggan yang lain.
      6. Berkemungkinan akan berlaku kelewatan penutupan pesanan automatik dalam proses penutupan pesanan secara paksaan. Penyebab untuk kelewatan ini penutupan posisi pada harga yang lebih menguntungkan daripada harga pada penutupan transaksi dagangan .Status akaun pada penutupan "Stop Out" akan dipamerkan dalam transaksi dagangan, di mana peratus free margin, baki akaun dan tahap margin akan ditunjukkan. Penutupan harga transaksi dagangan lebih menguntungkan untuk Pelanggan level "Stop Out", dan ia tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada tuntutan Pelanggan. Bagi penutupan harga posisi, ia kurang menguntungkan untuk Pelanggan daripada level "Stop Out", boleh dianggap sebagai alasan untuk pihak Pelanggan membuat tuntutan.
      7. Dengan menerima perjanjian ini, kedua-dua belah pihak telah bersetuju bahawa pasaran akan beroperasi bermula dari hari Isnin 00:00 sehingga hari Jumaat 23:59 – perubahan dua kali setahun disebabkan oleh peralihan waktu siang yang pendek di Eropah dan sebaliknya, pada hari Ahad terakhir Mac dan Ahad terakhir Oktober.
      8. Jumlah biilangan tawaran yang dibuka pada masa yang sama adalah tidak terhad. Namun, Syarikat berhak untuk mengenakan sekatan apabila bilangan pesanan telah dibuka.
  4. Deposit / pengeluaran wang.
    1. Pengeluaran dana dari akaun dagangan Pelanggan.
      1. Pelanggan boleh mengeluarkan wang dari akaun dagangan kepada sistem pembayaran untuk pengeluaran dalam Kabinet Pelanggan di laman web rasmi Syarikat.
      2. Untuk akaun dagangan, yang telah didepositkan melalui sistem pembayaran elektronik, pengeluaran wang melalui pemindahan mata wang bank menggunakan maklumat bank pada pemilik akaun dagangan dibuat, jika dipersetujui oleh pihak Syarikat. Syarikat juga berhak mengubah kaedah pengeluaran berdasarkan atas pertimbangan sewajarnya .
      3. Menggunakan sistem pembayaran elektronik, pengeluaran berkemungkinan hanya akan diproses dengan sistem pembayaran yang sama dengan butiran yang sama akaun (mata wang, nombor akaun), dimana proses pendepositan telah dibuat. Sekiranya akaun dagangan telah dimasukkan dari pelbagai sistem pembayaran, maka gunakan beberapa "wallet" dan dalam mata wang yang berbeza, proses pengeluaran harus dibuat secara berkadaran.
      4. Sekiranya Pelanggan telah menukar keterangannya di dalam sistem pembayaran, adalah diwajibkan ke atas Pelanggan untuk memaklumkan mengenai perkara ini kepada pihak Syarikat dengan melengkapkan borang F1 beserta dengan lampiran salinan ID ke Jabatan Kewangan Syarikat. Jika tidak, Syarikat berhak untuk menolak permintaan Pelanggan yang dibuat menggunakan butiran lain.
      5. Proses pengeluaran dibuat dalam tempoh masa yang yang ditetapkan, berbeza-beza untuk setiap sistem pembayaran; Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes masa pengeluaran boleh meningkat sehingga 5 hari bekerja, kecuali bagi kes-kes yang dinyatakan dalam Fasal 9.1.4 pada Perjanjian ini.
      6. Pengeluaran dana yang diterima melalui InstaWallet ke sistem pembayaran luar berkemungkinan mengambil masa dalam 5 hari.
        Bagi pengeluaran wang yang didepositkan melalui sistem InstaWallet, komisen akan dikenakan seperti berikut:
        - 2% daripada amaun yang dikeluarkan jika terdapat aktiviti perdagangan yang ketara di dalam akaun perdagangan yang telah didepositkan melalui sistem InstaWallet, dan sistem pembayaran yang berbeza telah digunakan untuk pendepositan dan dikeluarkan daripada InstaWallet;
        - 5% daripada amaun yang dikeluarkan jika terdapat aktiviti perdagangan yang lemah di dalam akaun perdagangan, dan sistem pembayaran yang berbeza telah digunakan untuk pendepositan dan dikeluarkan daripada InstaWallet;
        - tiada komisen jika InstaWallet telah didepositkan dan dikeluarkan daripada sistem pembayaran yang sama.
        Jabatan Kewangan berhak untuk membuat keputusan mengenai tahap aktiviti perdagangan di dalam akaun perdagangan serta menetapkan komisen pengeluaran khas mengikut budi bicara sendiri.
      7. Jika pertukaran mata wang di antara sistem pembayaran yang telah didedahkan, maka pihak Syarikat berhak untuk mengenakan komisen tambahan untuk perkhidmatan pertukaran.
      8. Apabila mata wang deposit berbeza daripada mata wang akaun, Syarikat menggunakan kadar purata untuk memproses permintaan pengeluaran. Kadar purata ditentukan oleh kadar dan jumlah deposit.
    2. Dana yang didepositkan ke akuan dagangan pelanggan boleh dibuat menggunakan kaedah yang terdapat di laman web syarikat.
      1. Pelanggan juga bersetuju bahawa sekiranya berlaku kesilapan dalam perisian mungkin boleh menyebabkan penangguhan dalam menyerahkan dana ke akaun dagangan.
      2. Syarikat bertanggungjawab untuk memasukkan jumlah ke akaun dagangan pelanggan jika terdapat kesalahan pada perisian, yang boleh menyebabkan kelewatan mendepositkan dana secara automatik, jika Pelanggan memberitahu tentang penangguhan tersebut.
    3. Bayaran yang dikenakan untuk deposit / pengeluaran.
      1. Pada pembiayaian akaun dagangan Syarikat mengkompensasi jumlah penuh atau sebahagian daripada komisen yang dikenakan oleh sistem pembayaran seperti yang disenaraikan pada https://secure.insta-forex.com/ms/deposit.aspx. Jika didapati terdapat perlanggaran, pihak Syarikat berhak untuk memotong komisen dari akaun dagangan Pelanggan.
      2. Untuk akaun yang tidak aktif, Syarikat berhak untuk membuat penolakan sebanyak AS$10 setiap bulan bermula dari bulan ke-3 ketidakaktifan.
  5. Operasi perniagaan, tuntutan dan penyelesaian pertikaian.
    1. Sekiranya berlaku pertikaian, Pelanggan berhak untuk membuat tuntutan dengan pihak Syarikat. Tuntutan diterima dalam tempoh dua hari kerja dari tarikh masalah berlaku.
    2. Tuntutan hendaklah dihantar ke Jabatan Operasi Dagangan dalam bentuk e-mel kepada dealer@instaforex.com. Tuntutan tidak tertakluk kepada pendedahan oleh pihak yang menuntut sehingga siasatan selesai.
    3. Tuntutan yang dikemukakan melalui kaedah lain tidak boleh dikaji semula. Jika tuntutan Pelanggan dianggap wajar, maka pihak Syarikat akan menerimanya dan dana akan didepositkan ke akaun Pelanggan dalam tempoh satu hari bekerja. Syarikat InstaForex menguna pakai peraturan pasaran dan polisi dalaman, bagi tuntutan yang tidak dinyatakan di dalam Perjanjian ini.
    4. Borang tuntutan Pelanggan mestilah mempunyai:
      - nama Penuh;
      - nombor akaun;
      - tarikh dan masa kes pertikaian terjadi;
      - kes pertikaian atau tiket pesanan;
      - penerangan tuntutan, tanpa memasukkan konotasi emosi.
    5. Syarikat berhak untuk menamatkan tuntutan dalam kes-kes yang berikut;
      - tuntutan tidak mematuhi syarat-syarat Fasal 5.1, 5.2 5.4;
      - tuntutan tersebut dinyatakan dalam kata-kata lucah / kasar atau / dan penghinaan terhadap Syarikat atau pegawai;
      - tuntutan mengandungi ancaman kepada pihak Syarikat atau pegawai;
      - pelanggan mengancam untuk merosakkan reputasi Syarikat dengan menggunakan rangkaian sosial dan sumber maklumat masyarakat yang lain.
    6. Syarikat mempunyaihakuntukmengkajisemulakeputusanperdaganganpelanggansekiranyaterdapatkegagalandalamperisianpelayan yang menyebabkansebuthargalewat, sebuthargabukanpasaran, tidakmemenuhiFasal 3.14.4 Perjanjianiniatauakibatnegatif lain untuk Syarikat yang bolehtidakatautidak (sekiranyadalamisutawaran CFD) dilindungiolehkontraktor. Sekiranyaterdapatperbezaanantarasebuthargasebenardansebuthargakontraktorsemasapembukaanperjanjian, Syarikat mempunyaihakuntukmembetulkanhargapembukaantawaranperjanjianitu.Sekiranyaterdapatbuktibahawaklienmenggunakanstrategiberdasarkanperbezaandalamsebutharga, maka Syarikat mempunyaihakuntukmembatalkanhasildaganganpelanggandanmenutupaksespelanggankepadaperkhidmatan Syarikat sebahagianatausepenuhnya.
    7. Syarikat memberikan menjamin bahawa tawaran dari Pelanggan dilakukan pada sebut harga bukan pasaran (spike) akan dikembalikan semula setelah pengesanan fakta prestasi yang salah.
    8. Jika kedudukan terkunci sepenuhnya oleh mana-mana sistem penguncian termasuk kunci triple dan jumlah swap mempunyai nilai yang positif, Syarikat berhak untuk membetulkan swap.
    9. Sekiranyaterdapatbuktistrategi yang bertujuanuntukmewujudkansecarasengajabakinegatifdalamakaunpelanggandandenganitu, mengalihkanrisikodanperlindungankerugiankepada Syarikat, Syarikat mempunyaihakuntukhasiltahunanperdaganganyang dicapaidenganhanyarancangansepertiituwalaupuniatidakmenyebabkandalambakinegatiftetapihanyabolehmenyebabkannyasebagaihasildariperjanjianitudenganjelasditunjukkanpadabakinegatifdalamperkarapembalikanaliranketarainstrumenperdagangan (contohnya, sebelumpembebasan data makroekonomi yang penting).
    10. Pada ketika penutupan pasaran pada jumlah volume kedudukan, akaun Pelanggan yang telah dibuka akan dikenakan perubahan jumlah keuntungan melebihi 0.5% daripada deposit, Sekiranya harga berubah sebanyak 1 pip ( lebih daripada 5 lot InstaForex untuk setiap USD 1,000 pada deposit), Syarikat berhak untuk memperbaiki hasil kewangan dari transaksi tersebut jika pasaran dibuka dengan jurang antara jumlah nisbah dengan saiz jurang dalam pips.
    11. Jabatan Pengurusan Syarikat melaksanakan keputusan tuntutan afirmatif mengenai pembukaan semula kedudukan mengikut skim yang berikut: sekiranya terdapat masa atau jurang harga dari saat penutupan salah satu kedudukan untuk membuka satu posisi, perjanjian itu boleh terbuka lagi pada harga purata yang ditetapkan sama ada bagi tempoh di antara menutup kedudukan silap dan membuat keputusan atas pembukaan semula atau dalam masa sejam dari saat penutupan bagi salah kedudukan. Pembukaan semula kedudukan yang meletakkan perintah baru jumlah yang sama sebagai salah satu ditutup tersilap. Peraturan ini adalah terpakai bagi pampasan kedudukan yang tersilap tutup.
    12. Sekiranyadalamkesperubahanharga yang dikaitkandengansiaranberitaatauperbezaanantarapenutupandanpembukaanhargainstrumen yang membawakepadaperubahandalamkeuntungandalamjumlahlebihdaripada 100% daripadajumlah deposit, Syarikat berhakuntukmembetulkanhasilkewangantawarantersebutdenganjumlah yang berkadarandenganperbezaanhargainidalam pips melaluipendebitandanadenganulasan "Fasal 5.12 pembetulan". Dalamsesetengahkes, mengikutbudibicara Syarikat, perubahankeuntungan minimum mungkinditetapkanpadakurangdaripada 100% daripadajumlah deposit.
    13. Syarikat mempunyai hak untuk membatalkan keputusan Perjanjian sekiranya Syarikat mendapati bahawa wang yang digunakan untuk melaksanakan tawaran telah diperolehi dengan melanggar mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian Syarikat, termasuk Perjanjian ini, yang telah diterima oleh Pelanggan.
    14. Jika jumlah swap pada semua dagangan yang dibuat melebihi USD 5,000, maka pihak Syarikat berhak untuk membetulkannya kepada USD 5000 dalam kes-kes yang tertentu.
    15. Jumlah pampasan kepada Pelanggan bertujuan untuk menghindari kesan teknikal yang tidak boleh melebihi USD500.000.
    16. Kerugian atau keuntungan yang berpotensi serta kerugian yang ditanggung akibat ketiadaan peralatan / alat adalah tidak tertakluk kepada pembayaran semula.
  6. Pengesahan identiti Pelanggan.
    1. Syarikat mempunyai hak untuk meminta Pelanggan untuk memberikan pengesahan tentang nama penuh, seperti yang dinyatakan dalam borang pendaftaran akaun perdagangan. Pelanggan boleh diminta untuk menyerahkan salinan pasport / ID atau salinan yang berperkaui bagi pasport / ID pada bila-bila masa, bergantung kepada budi bicara pihak Syarikat.
    2. Sekiranya Pelanggan tidak menerima permohonan untuk menyediakan salinan imbasan pasport / ID, prosedur pengesahan akaun perdagangan adalah tidak wajib, walau bagaimanapun Pelanggan adalah bebas untuk menghantar salinan pasport atau dokumen lain untuk mengenal pasti identiti Pengguna kepada Jabatan Perhubungan Pelanggan.
    3. Jika selepas membuka akaun, maklumat pendaftaran peribadi Pelanggan (seperti nama penuh, alamat atau telefon) telah berubah, Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan tentang pertukaran maklumat pendaftaran ini dengan segera ke Jabatan Perhubungan Pelanggan Syarikat.
    4. Pelanggan bersetuju bahawa maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran akaun dagangan boleh digunakan oleh Syarikat dalam memerangi isu pengubahan wang haram.
    5. Pelanggan tidak terdedah kepada liabiliti untuk kesahihan dokumen-dokumen yang disediakan atau salinan mereka, dan mengakui hak Syarikat, jika keaslian mereka meragukan, untuk memohon kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang negara yang mengeluarkan dokumen untuk pengesahan, dalam hal perbuatan pemalsuan dokumen telah dizahirkan, Pelanggan akan dibawa ke pihak bertanggungjawab selaras dengan undang-undang negara yang mengeluarkan dokumen.
  7. Risiko
    Tujuan memberitahu Pelanggan maklumat risiko tentang perdagangan pasaran kewangan adalah untuk memaklumkan kepada para Pelanggan mengenai potensi kerugian yang terikat kepada jenis-jenis risiko. Adalah mustahil untuk memberikan semua maklumat mengenai semua risiko yang berkemungkinan akan berlaku, kerana banyak situasi yang berpotensi. Pentafsiran istilah dalam notis ini bertepatan dengan istilah yang dijelaskan dalam Perjanjian mengenai pemprosesan dan melaksanakan arahan Pelanggan.
    1. Kesan leverage.
      1. Menjalankan perdagangan di bawah keadaan "Margin Dagangan" kadar instrumen terkecil boleh mempengaruhi akaun dagangan Pelanggan kerana kesan leverage. Jika pasaran bergerak ke arah yang berlawanan dengan kedudukan Pelanggan, kemungkinan untuk mengalami kerugian pada deposit awal atau sumber-sumber tmmbahan lain yang disimpan untuk mempertahankan kedudukan yang terbuka. Pelanggan mengakui bertanggungjawab sepenuhnya atas risiko perakaunan, menggunakan kewangan dan memilih strategi dagangan yang sepadan.
      2. Adalah amat disyorkan untuk mengekalkan Level Margin pada 1000% dan selalu menetapkan pesanan Stop Loss untuk menghadkan.kemungkinan nilai kerugian.
    2. Volatiliti instrumen yang tinggi
      1. Instrumen yang mempunyai julat perubahan harga harian yang besar, menandakan bahawa terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa perdagangan akan berakhir dengan keuntungan atau kerugian yang tinggi.
    3. Risiko teknikal.
      1. Pelanggan menganggap risiko kerugian kewangan adalah disebabkan oleh ketidakberkasanan maklumat, komunikasi, elektrik dan jenis-jenis lain lagi.
      2. Melakukan operasi perdagangan dengan bantuan terminal Pelanggan, para Pelanggan menganggap risiko kerugian kewangan yang berkemungkinan adalah disebabkan oleh perkara-perkara seperti dibawah;
        a) Peralatan, perisian dan talian yang tidak baik di pihak Pelanggan;
        b) Peralatan Pelangga tidak berfungsi dengan baik;
        c) Pemasangan yang tidak betul pada terminal Pelanggan;
        d) Penggunaan versi terminal Pelanggan yang lapuk;
        e) Pelanggan kekurangan pengetahuan dan masa untuk memahami arahan yang diberikan dalam "Terminal Panduan Pengguna Pelanggan" dan juga di "FAQ: Soalan-soalan lazim".
      3. Pelanggan mengakui bahawa sekiranya menjalankan operasi perdagangan melalui telefon, kemungkinan untuk berhubung dengan pengendali pada waktu puncak adalah sangat kecil. ituasi yang sama mungkin boleh berlaku semasa fast market (sebagai contoh, pada siaran berita utama).
    4. Keadaan pasaran yang berbeza dari keadaan normal.
      1. Pelanggan mengakui bahawa semasa keadaan pasaran berbeza dari keadaan normal, masa yang diperlukan untuk memproses pesanna / permohonan adalah lama.
    5. Platform perdagangan.
      1. Pelanggan mengakui bahawa permintaan / arahan diproses satu per satu oleh pelayan. Sebarang usaha untuk menghantar permintaan baru atau perintah akan ditolak. Seiring dengan prosedur ini, mesej "arus perdagangan sedang sibuk" akan dipaparkan di skrin.
      2. Pelanggan mengakui bahawa satu-satunya sumber maklumat yang dipercayai untuk mengambil maklumat adalah server utama yang berurusan dengan Pelanggan nyata. Pangkalan data sebut harga di Platform Pelanggan tidak boleh dipercayai, kerana terminal Pelanggan tidak stabil dan sambungan pelayan dan sebahagian daripada sebut harga mungkin akan hilang apabila tiada sambungan, sebut harga mungkin tidak akan sampai ke terminal Pelanggan.
      3. Pelanggan mengakui bahawa tindakan penutupan kedudukan / pengubahsuaian / pembatalan pesanan, dan menutup tetingkap semasa penutupan atau pembukaan pesanan tidak membatalkan permintaan atau perintah yang telah sampai ke Dealer untuk diproses.
      4. Pelanggan menyedari risiko, apabila melakukan operasi perdagangan yang tidak dirancang, terutama dalam hal penghantaran semula arahan sebelum menerima keputusan untuk pesanan terdahulu daripada Dealer.
      5. Pelanggan mengakui bahawa pengubahsuaian serentak pada tahap pending order dan Stop-Loss dan / atau Take-Profit, yang ditambah selepas tempahan telah dilaksanakan hanya akan diproses apabila Stop-Loss dan / atau pesanan tahap Take-Profit ini diubahsuai untuk kedudukan membuka pesanan.
    6. Komunikasi.
      1. Pelanggan menganggap risiko kerugian kewangan adalah disebabkan oleh kelewatan atau kegagalan pelayan atau Dealer menerima mesej.
      2. Pelanggan mengakui bahawa maklumat tidak berkod telah dihantar melalui e-mel adalah tidak selamat dari akses yang tidak sah.
      3. Pelanggan bersetuju bahawa Dealer berhak untuk memadam mesej yang belum diterima oleh Pelanggan melalui terminal e-mel dalaman pelanggan dalam masa tiga hari dari waktu mesej itu dihantar.
      4. Pelanggan bertanggung jawab untuk menjaga maklumat sulit, yang diterima dari Dealer. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk menanggung risiko dari setiap kerugian kewangan yang mungkin disebabkan oleh akses yang tidak sah dari pihak ketiga ke akaun dagangan Pelanggan.
    7. Risiko berkaitan dengan kegiatan pihak ketiga yang terlibat dalam hubungan di antara Syarikat dan Pelanggan.
      1. Pelanggan mengakui bahawa akan bertanggungjawab untuk sebarang risiko yang berkaitan dengan sistem pembayaran belum disahkan. Jika sistem pembayaran elektronik tidak lagi wujud, maka pihak Syarikat akan memotong dana dari akaun Pelanggan pada jumlah sama yang telah didepositkan melalui sistem ini.
      2. Pelanggan bersetuju dengan risiko kewangan yang berkaitan dengan "bank wire transfer" dan menerima ia sebagai penyebab pengembalian dana, bayaran komisyen, dan risiko lain yang berkaitan dengan membayar balik dan mengulangi pemindahan wayar.
      3. Pelanggan mengakui bahawa akan bertanggungjawab untuk sebarang risiko yang berkaitan dengan penggunaan data peribadi tidak sah untuk mengakses ke sistem pembayaran dan juga risiko yang berkaitan dengan penggunaan kad bank Pelanggan oleh individu yang melupuskan data bagi tujuan untuk menggunakan kad tersebut, berlaku akibat daripada kecuaian Pelanggan.
  8. Komunikasi Pelanggan Syarikat.
    1. Untuk meghubungi Pelanggan, pihak Syarikat boleh menggunakan pilihan dibawah: 
      - mel dalaman platform dagangan;
      - mel elektronik;
      - faks;
      - telefon;
      - pos;
      - pengumuman "Berita Syarikat" di laman web InstaForex.
      Syarikat akan beroperasi dengan menggunakan maklumat Pelanggan yang diberikan ketika akaun dibuka. Untuk itu, Pelanggan wajib memberitahu Syarikat jika berlaku sebarang perubahan maklumat.
    2. Mesej (dokumen, iklan, notis, pengesahan, nota, dll) dianggap telah diterima oleh Pelanggan.
      - satu jam selepas dihantar melalui e-mel;
      - sebaik sahaja dihantar melalui mel dalaman platform dagangan;
      - sebaik sahaja selepas di faks;
      - sebaik sahaja selepas tamat perbualan telefon;
      - 7 hari setelah dihantar oleh melalui pos;
      - selepas pengumuman dibuat di bahagian "Berita Syarikat".
    3. Pelanggan akan menerima e-mel beserta laporan lengkap mengenai setiap operasi pada akaun dagangan dalam tempoh 24 jam terakhir pada setiap hari.
  9. Tanggung jawab dan liabiliti.
    1. Peruntukan Am.
      1. Pelanggan akan dilindungi dengan mengikuti langkah berikut:
        - maklumat yang diberikan dalam borang pendaftaran adalah benar dan kepunyaan pemilik akaun;
        - adalah tanggungjawab Pelanggan sepenuhnya untuk menjamin maklumat sulit menggunakan daftar masuk dan kata laluan;
        - pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akibat daripada tindakan menggunakan nama pengguna dan kata laluan;
        - pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk setiap tindakan termasuk operasi perdagangan di pasaran kewangan;
        - bersetuju dengan hak Syarikat untuk merakam perbualan telefon dengan Pelanggan, bertujuan sebagai bukti mereka.
      2. Syarikat memberikan jaminan bahawa semua maklumat yang diberikan oleh Pelanggan dalam pendaftaran adalah sulit. Sekiranya berlaku kebocoran maklumat, akan d ditangani sesuai dengan Perjanjian ini.
      3. Pelanggan hendaklah bersetuju bahawa Syarikat atau pihak-ketiga yang terlibat dalam menyediakan Perkhidmatan kepada Pelanggan, tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kegagalan talian telefon atau internet, peraturan kerja, penyelenggaraan berjadual atau kemas kini atau apa-apa peristiwa yang tidak bergantung kepada Syarikat, atau pembekal perkhidmatan maklumat atau pihak ketiga terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kepada Pelanggan.
      4. Pihak Pelanggan bersetuju sekiranya pihak Syarikat mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa akaun pihak pelanggan telah digunakan untuk tujuan penggubahan wang haram atau pihak Pelanggan meyembunyikan maklumat atau memberi maklumat palsu semasa pendaftaran. Pihak syarikat mempunyai hak untuk memberhentikan semua bentuk urusniaga akaun yang berkenaan dan menjalankan pemeriksaan terperinci (maklumat pendaftaran, verifikasi data, mengesahkan identiti pelanggan, sejarah kemasukan dana dan sebagainya sehingga terdapat penyelesaian keatas isu berkenaan.
      5. Pelanggan mengakui, yang selaras dengan dasar anti pengubahan wang haram, Syarikat mempunyai hak untuk meminta butiran akaun bank dibuka atas nama Pelanggan, mengenakan had ke atas pengeluaran dana dari akaun hanya melalui pemindahan bank dengan butiran bank yang dinyatakan. Dalam kes keengganan Pelanggan mengemukakan butiran bank Syarikat berhak untuk memakai memegang semua operasi dengan akaun sehingga diberi maklumat yang diperlukan.
  10. Penamatan perjanjian.
    1. Istilah Umum.
      1. Perjanjian ini mulai berkuatkuasa apabila Pelanggan menandatangani Perjanjian ini.
      2. Perjanjian ini boleh terbatal sekiranya:
        1. Salah satu pihak memberitahu pihak lain untuk menamatkan Perjanjian ini:
          - dalam kes ini, kesemua sumber kewangan akan ditarik balik dari akaun Pelanggan, apabila perjanjian ini terbatal.
          - jika Pelanggan melanggar syarat-syarat Perjanjian ini, pihak Syarikat berhak untuk menamatkan Perjanjian dan memberitahu Pelanggan sebab-sebab penamatan dan mengembalikan wang kepada Pelanggan ketika penamatan Perjanjian.
        2. Jika Syarikat menamatkan aktiviti yang ditetapkan dalam perjanjian ini.
          - syarikat akan memberikan 1 bulan notis kepada Pelanggan sebelum tamat tempoh.
          - syarikat akan mengembalikan kesemua dana perdagangan kepada Pelanggan Syarikat, akan dilakukan pada tempoh penamatan.
        3. Sekiranya Pelanggan meninggal dunia:
          - hak untuk mengeluarkan wang dari akaun Pelanggan hanya boleh dilakukan oleh saudara atau yang berkaitan dengan pemegang akaun sahaja.
          - penggunaan akaun dagangan Pelanggan dan operasi pasaran kewangan sama sekali tidak boleh diwarisi.
      3. Pelanggan hendaklah mengakui bahawa pihak Syarikat mempunyai hak sepenuhnya untuk menghentikan atau menyekat seluruh / sebahagian akses Pelanggan dari perkhidmatan Syarikat tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Pelanggan jika dana di dalam akaun dagangan tidak mencukupi. Dalam hal ini, Perjanjian yang telah dimetrai diantara Pelanggan dan Syarikat terhadap perkhidmatan Pelanggan akan ditamatkan.
  11. Bahasa Perjanjian.
    1. Bahasa yang diguna pakai dalam Perjanjian ini adalah Bahasa Inggeris.
    2. Bagi kemudahan Pelanggan, pihak Syarikat telah menyediakan versi terjemahan selain daripada bahasa Inggeris. Fungi terjemahan ini hanya bertujuan untuk maklumat semata-mata.
    3. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan bahasa terjemahan, maka terma dan syarat-syarat Perjanjian dalam Bahasa Inggeris akan dianggap sebagai sumber rujukan utama.